Username Password Remember Me

 
  Tidak Setuju
 
To Prevent the Earth from Moving with You
2009-07-09 18:53:36

Mereka masih “tidak setuju”

Pada 16 Jun 2009 lalu, Gundu sebagai penyokong utama muzik Indie tempatan telah dijemput oleh Fat Boys Records untuk menyaksikan pelancaran album terbaru artis mereka, Disagree yang telah berlangsung pada 30 Jun 2009 di Hard Rock Café.

Hampir lima tahun mereka menghilang. Tiada single, tiada album. Kali terakhir kumpulan Rock Alternatif tempatan, Disagree merakamkan album adalah pada tahun 2004 dengan album bertajuk At the End of the Day.

Ketika masih di bangku sekolah menengah, pada tahun 1995, kumpulan Disagree ini ditubuhkan dengan Zahid dan Hamka sebagai line-up pertama. Kemudian Lan dan Amir melengkapkan line-up mereka. Disagree mula membuat beberapa persembahan di gig-gig sekitar Kuala Lumpur dan berjaya mengeluarkan Demo pertama mereka bertajuk Never Crow Wolf pada tahun 1996.

Mereka pernah mendapatkan bantuan dari label Independent bagi merakamkan demo  kedua, tapi malangnya pengurusan label berkenaan sedang menghadapi beberapa masalah. Maka di atas hajat yang tidak kesampaian, impian mereka terbantut dan mereka terpaksa berhenti buat seketika.

Disagree bangkit semula setelah mereka dijemput untuk membuat persembahan di konsert Rock The World pertama di One Utama. Mereka berjaya menghiburkan 10,000 peminat Indie tempatan. Setelah beberapa ketika, Lan dan Amir telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi bersama Disagree. Kehilangan dua line-up, tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memperjuangkan muzik Indie. Mereka telah mendapat sentuhan baru dari Aziz dan Ashroff.

Setelah impian mereka untuk merakamkan Demo pada tahun 1997 terbantut, mereka berjaya merakamkan Demo terbaru mereka pada tahun 2001. Demo berkenaan berjaya menarik minat pengikut-pengikut Indie tempatan dalam fenomena Homemade Jam di Malaysia. Demo mereka diputarkan di radio-radio popular tempatan dan mendapat ulasan dan komen positif.

Penerima anugerah Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik (AIM 2005) ini mula bergiat kembali dalam muzik Indie dan berjaya menarik perhatian beberapa penganjur.  Mereka pernah dijemput untuk menyertai Fat Ant Music Festival. Disagree sekali lagi dijemput untuk memeriahkan Rock The World 2 dengan menjadi band pertama untuk membuat persembahan pada hari berkenaan. Semenjak itu, Disagree menjadi band tetap untuk menyertai acara tahunan ini.

Di atas kualiti muzik yang baik dihasilkan oleh Disagree, satu label Independent, Fat Boys Records berminat untuk menjadikan Disagree sebagai artis mereka. Fat Boys juga telah mendapatkan tandatangan band yang sedang melonjak naik ketika itu, Naked Breed.

2004 adalah tahun paling bermakna bagi mereka. Impian mereka untuk merakamkan album tercapai. Disagree telah berjaya merakamkan 11 lagu untuk dimuatkan dalam album At the End of the Day.

Pelbagai anugerah telah mereka raih selama hampir 10 tahun bergiat dalam muzik Indie. Mereka telah mendapat Anugerah Putaran Terbanyak di Anugerah Malaysian English Top 10 Awards, radio inggeris popular tempatan, Hitz.FM. Selain itu mereka juga pernah merangkul anugerah Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 12, lagu Crumbs berjaya dipilih sebagai single kedua terbaik pada tahun 2003-2004.

Bersama kumpulan Alternatif, Pop Shuvit, Disagree telah berjaya merakamkan single, Football Mad Nation ditujukan khas untuk peminat bola sepak tempatan bersempena pesta Piala Dunia FIFA 2006.

Line-up mereka terkini adalah Zahid selaku vokalis dan pemain gitar utama, Hamka pemain drum, Aziz pemain bass, dan David pemain gitar kedua. Pada tahun 2007, mereka telah bertekad untuk mengeluarkan album baru bagi memenuhi permintaan peminat Indie tempatan.

Setelah melalui beberapa proses rakaman, analisis dan penyempurnaan untuk membuat lagu-lagu baru, pada tahun ini mereka ingin kembali dengan menampilkan album To Prevent the Earth from Moving with You yang dijangka berada di pasaran pada bulan Julai 2009. Dapatkan album terbaru mereka di pengedar-pengedar terpilih. Lawati mereka di www.disagreeband.com

Gundu menyokong muzik indie Malaysia!

 

 


 

Kami berpandangan jauh


 
  Featured Story - More
 
Cuci Mata@Urbanscapes 2009
“I don’t actually eat kuay teow but seriously I’m eating this kuay teow goreng now. Orgasmically damn good”
Read More »
D.I.Y.
They are called "independent artists" for all the right reasons. One; they are free from the leash of major record labels. Making them, (two;), short of the services that come with being attached to the major record labels.
Read More »
How to Collect Art for Profit and Pleasure
Collecting art can be very enjoyable and very much like treasure hunting. Anyone can become a successful art collector.
Read More »





    Event Calendar  





About Us | Career | Guidelines | FAQ | Terms and Condition | Privacy Policy | Contact Us
© 2008 Gundu.com.my. All Rights Reserved.